Seindah Muslimah

Wahai para Muslimah..

keindahanmu diibaratkan bunga yang mekar
keharuman bunganya ibarat keluhuran pekertimu
keputihan kelopaknya ibarat keikhlasanmu dalam berjuang
kehijauan daun-daunnya ibarat ketenangan yang kau miliki
senarai mahkotanya ibarat kasih sayangmu terhadap sesama

tegak batangnya ibarat tegarnya dirimu menghadapi kehidupan


Ingatlah wahai para muslimah
engkaulah seindah perhiasan dunia
namun engkau jua seburuk-buruk fitnah dunia

Hiasilah peribadimu
indahkanlah pekertimu
sebagaimana contoh muslimah solehah
kehormatan yang terjaga, maru’ah mu senantiasa terbela

Semoga…

keikhlasanmu seikhlas Khadijah
cerdikmu secerdik Aisyah
kelembutanmu selembut Fatimah
dan cintamu sehebat cinta Rabiatul Adawiah

Wahai muslimah..
Bangunlah!
bukalah matamu..
teruskan langkah mu..
tinggalkan mimpi-mimpi indahmu
berjuanganlah demi ketinggian ad-dinmu
Niscaya sinar terang menanti mu di hadapan!

0 comments:

Post a Comment